CGC komited untuk mengekalkan taraf etika yang tinggi, integriti, kredibiliti, profesionalisme dan kejujuran dalam urusannya dengan Pembekal.
Kod Tatakelakuan Pembekal CGC (VCOC) menetapkan senarai piawaian untuk perniagaan dan amalan etika, dan tingkah laku profesional yang dikehendaki daripada semua Pembekal yang berurusan dengan CGC. VCOC diguna pakai terhadap semua Pembekal CGC dan mana-mana pihak yang dilantik dalam sebarang kapasiti untuk menghantar barangan atau melaksanakan perkhidmatan, termasuk pekerja, ejen, pembekal dan sub-kontraktor mereka ("wakil mereka"). Pembekal mesti mematuhi VCOC apabila terlibat dan menjalankan perniagaan dengan CGC.
Semua Pembekal CGC dikehendaki menandatangani Ikrar Integriti dan Pengisytiharan Pihak Berkaitan. Pembekal bertanggungjawab memahami keperluan undang-undang dan peraturan dalam VCOC. Ikrar Integriti menguatkuasakan pematuhan terhadap semua undang-undang yang berkaitan dan VCOC. Kegagalan menandatangani VCOC boleh menyebabkan ketidaklayakan.
CGC berhak untuk meminda VCOC dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis.