CGC terus berkembang semenjak 50 tahun yang lepas bagi memenuhi keperluan pembiayaan Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (PMKS). Kami komited untuk meneruskan aspirasi kami sebagai Rakan Pertumbuhan PMKS merentasi setiap Peringkat Kehidupan.
Di CGC, definisi persekitaran tempat kerja yang diadaptasi adalah berbeza. Kami mengamalkan nilai-nilai teras, meraikan kepelbagaian dan memperkasakan keterangkuman, serta memupuk fleksibiliti kerjaya.
Sertai pasukan kami dan terus berdaya maju dalam persekitaran yang menyokong serta dan mengutamakan pembangunan kendiri dan profesional. Dengan proses suai tugas yang tersusun serta bimbingan berterusan, kami akan terus komited untuk memacu kemajuan dan memastikan kejayaan anda bersama kami.