Skim ini ditawarkan dengan kerjasama Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad

Manfaat

  • Tersedia untuk Semua Peserta iTEKAD, Pelanggan Mikro Tidak Rasmi atau Perniagaan Dari Rumah: PMKS boleh memohon jaminan CGC di cawangan CGC di seluruh negara.
  • Perlindungan: Pembiayaan Berjangka disediakan untuk perniagaan yang telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
  • Peningkatan Kemahiran: Kakitangan dan pengurusan utama perniagaan akan memperoleh pengetahuan dan kemahiran berharga untuk pertumbuhan perniagaan dengan mengikuti program iTEKAD dan/atau menyertai mana-mana kursus perniagaan yang telah ditetapkan.

 Kelayakan

  • Jenis Perniagaan: Terbuka kepada Perniagaan Tunggal, Perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad dan Syarikat Sendirian Terhad.
  • Pemerbadanan Tempatan: Perniagaan mesti diperbadankan atau didaftarkan di Malaysia, dengan sekurang-kurangnya 51% pegangan saham oleh warganegara Malaysia
  • Pematuhan Syariah: Untuk skim jaminan Islam, berdasarkan kontrak Kafalah, perniagaan mesti mengekalkan pematuhan Syariah sepanjang tempoh jaminan.

Ciri-Ciri

  • Tujuan Pembiayaan: Modal Kerja dan/atau Perbelanjaan Modal.
  • Jumlah Jaminan: Jumlah pembiayaan maksimum sehingga RM10,000.00.
  • Tempoh Jaminan: Sehingga 5 tahun.
  • Perlindungan Jaminan: 80%.
  • Yuran Jaminan: Ditanggung oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.
  • Kadar Keuntungan Pembiayaan: 7.50% setahun (kadar rata).

Hubungi Kami

Sila tinggalkan butiran hubungan anda dan kami akan menghubungi anda kembali.

(Max. 200 characters)

Kami ingin memaklumkan bahawa CGC tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk berurusan bagi pihak dan/atau mewakili CGC berkenaan produk serta perkhidmatannya.

Sekiranya anda dihubungi oleh pihak ketiga yang menyamar sebagai agen CGC atau memperkenalkan dirinya sebagai wakil CGC atau anda mempunyai sebarang maklumat berhubung hal ini, sila hubungi kami di:

Pusat Perkhidmatan Pelanggan - https://www.cgc.com.my/client-service-centre/

Cawangan - https://www.cgc.com.my/cgc-branches/