Dato' Mohammed Hussein
Pengerusi
Tarikh Pelantikan: 1 Mei 2020
Kelayakan
- Felo Jurubank Bertauliah daripada Institut Jurubank Bertauliah dan Institut Jurubank Bertauliah Asia
- Program Pengurusan Lanjutan (AMP 163), Harvard Business School, Boston, USA
- Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Perakaunan), Universiti Newcastle, Australia
Dato’ Mohammed Hussein pernah berkhidmat dengan Kumpulan Malayan Banking Berhad (Maybank) selama 31 tahun. Sepanjang tempoh itu, beliau memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan termasuk Ketua Perbankan Korporat, Ketua Perbankan Komersial, Ketua Operasi Malaysia, Pengarah Urusan Aseambankers Malaysia Berhad (kini dikenali sebagai Maybank Investment Bank Berhad), dan Pengarah Eksekutif (Kumpulan Perniagaan). Beliau bersara daripada Kumpulan Maybank pada 30 Januari 2008 sebagai Timbalan Presiden/Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Kewangan. Beliau kemudian dilantik sebagai Penasihat Maybank dari April hingga September 2008.
Dato’ Mohammed Hussein juga ialah Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Hap Seng Plantations Holdings Berhad, Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad dan Presiden Komisaris PT Syarikat Takaful Indonesia. Beliau juga merupakan Profesor Amalan di International Center for Education in Islamic Finance (INCEIF) sejak 5 Ogos 2023.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Gamuda Berhad dari 2013 hingga 2022, Danajamin Nasional Berhad dari 2013 hingga 2018, dan Quill Capita Management Sdn Bhd dari 2008 hingga 2015. Beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah di Bank of America Malaysia Berhad, Tasek Corporation Berhad, CapitaLand Malls Malaysia Berhad, Hap Seng Consolidated Berhad, PNB Commercial Sdn Bhd, B2B Finpal Sdn Bhd dan Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat, yang ditubuhkan di bawah naungan Bank Negara Malaysia untuk memudahkan penyelesaian hutang korporat utama.