Skim BizJamin/-i Kemudahan Bantuan Bencana (DRF) 2022

Manfaat

  • Tersedia untuk: Semua PMKS yang ingin mendapat pembiayaan daripada Kemudahan Bantuan Bencana (DRF) 2022 di bawah Bank Negara Malaysia (BNM). Kemudahan ini bertujuan meringankan beban kewangan PMKS yang terjejas akibat bencana alam seperti banjir, bagi membolehkan mereka meneruskan operasi perniagaan mereka. Ditawarkan oleh   Institusi Kewangan Peserta (IKP) utama. PMKS boleh memohon jaminan CGC untuk pembiayaan mereka di IKP.
  • Perlindungan Komprehensif : Termasuk Pembiayaan Berjangka, Kemudahan Aliran Tunai, Kemudahan Perdagangan dan banyak lagi.

 Kelayakan

  • Jenis Perniagaan: Terbuka kepada Perniagaan Tunggal, Perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad, Syarikat Sendirian Terhad dan entiti perniagaan Profesional.
  • Pemerbadanan Tempatan: Perniagaan mesti diperbadankan atau didaftarkan di Malaysia, dengan sekurang-kurangnya 51% pegangan saham oleh warganegara Malaysia.
  • Pematuhan Syariah: Untuk skim jaminan Islam, berdasarkan kontrak Kafalah, perniagaan mesti mengekalkan pematuhan Syariah sepanjang tempoh jaminan.

Ciri-Ciri

  • Tujuan Pembiayaan: Pembaikan dan/atau penggantian aset untuk kegunaan perniagaan (cth loji dan mesin) yang rosak akibat bencana alam dan/atau Modal Kerja.
  • Jumlah Jaminan: Jumlah pembiayaan maksimum sehingga RM700k setiap PKS atau RM150k bagi setiap perusahaan mikro.
  • Tempoh Jaminan: Sehingga 7 tahun, termasuk tempoh moratorium selama 6 bulan.
  • Perlindungan Jaminan : 80% daripada jumlah pembiayaan.
  • Yuran Jaminan: 0.5% setahun.
  • Kadar Keuntungan Pembiayaan: Sehingga 3.50% setahun (termasuk Yuran Jaminan).

Hubungi Kami

Sila tinggalkan butiran hubungan anda dan kami akan menghubungi anda kembali.

(Max. 200 characters)

Kami ingin memaklumkan bahawa CGC tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk berurusan bagi pihak dan/atau mewakili CGC berkenaan produk serta perkhidmatannya.

Sekiranya anda dihubungi oleh pihak ketiga yang menyamar sebagai agen CGC atau memperkenalkan dirinya sebagai wakil CGC atau anda mempunyai sebarang maklumat berhubung hal ini, sila hubungi kami di:

Pusat Perkhidmatan Pelanggan - https://www.cgc.com.my/client-service-centre/

Cawangan - https://www.cgc.com.my/cgc-branches/