Tabung Projek Usahawan Bumiputera-i (TPUB-i)

Manfaat

  • Menyediakan bantuan kewangan kepada kontraktor/pembekal Bumiputera yang telah memperolehi projek atau kontrak daripada Kerajaan, Agensi Kerajaan, Badan berkanun, Syarikat Milik Kerajaan dan entiti sektor swasta terpilih.
  • Pemohon kali pertama boleh mendapat manfaat daripada kadar keuntungan yang menarik sebanyak 5.0% setahun.
  • Kelulusan segera untuk kontrak terpilih dan Pemberi Kontrak melalui pembiayaan Laluan Hijau “Greenlane”.

 Kelayakan

  • Pemohon mestilah syarikat 100% dimiliki oleh Bumiputera.
  • Kontraktor mesti berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan tidak disenarai hitam oleh CIDB.
  • Tiada kemudahan kredit  yang diberikan oleh Institusi Kewangan lain untuk projek atau kontrak yang sama.
  • Jenis kontrak yang layak: Pembinaan, Pembekalan dan Perkhidmatan.

Ciri-ciri

  • Pembiayaan sehingga RM3.0 juta untuk pemohon kali pertama dan sehingga RM5.0 juta untuk permohonan berikutnya.
  • Tempoh pembiayaan adalah sehingga maksimum lima (5) tahun atau mengikut tempoh kontrak, mana yang lebih awal.
  • Kadar keuntungan 5.0% setahun untuk pembiayaan kali pertama dan pembiayaan berikutnya dengan kadar keuntungan : KPA Maybank Islamic + 1.0% setahun.
    • *KPA – Kadar Pembiayaan Asas

Prosedur Permohonan/Cara Memohon

  • Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan daripada mana-mana 16 cawangan CGC di seluruh negara atau klik di sini untuk memuat turun borang tersebut.

Hubungi Kami

Sila tinggalkan butiran hubungan anda dan kami akan menghubungi anda kembali.

(Max. 200 characters)

Kami ingin memaklumkan bahawa CGC tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk berurusan bagi pihak dan/atau mewakili CGC berkenaan produk serta perkhidmatannya.

Sekiranya anda dihubungi oleh pihak ketiga yang menyamar sebagai agen CGC atau memperkenalkan dirinya sebagai wakil CGC atau anda mempunyai sebarang maklumat berhubung hal ini, sila hubungi kami di:

Pusat Perkhidmatan Pelanggan - https://www.cgc.com.my/client-service-centre/

Cawangan - https://www.cgc.com.my/cgc-branches/