Kenyataan Polisi Anti-Sogokan dan Anti-Rasuah

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad dan anak-anak syarikatnya (“Kumpulan CGC” atau “Perbadanan”) komited untuk menjalankan perniagaan dengan standard etika, integriti dan akauntabiliti tertinggi. Kumpulan CGC telah mengambil pendekatan toleransi sifar terhadap sebarang bentuk sogokan dan rasuah yang melibatkan Lembaga Pengarah, Pengurusan, kakitangan dan rakan perniagaannya. 

Dalam hal ini, Kumpulan CGC mengharapkan rakan perniagaan dan mana-mana pihak/organisasi yang berurusan untuk  Kumpulan CGC dan/atau bagi pihaknya mendukung dan komited untuk mematuhi perkara-perkara yang berkaitan dalam  Polisi Anti-Sogokan dan Anti-Rasuah serta Polisi Pemberian Maklumat serta bersetuju untuk mematuhi standard etika perniagaan yang ditetapkan dalam Tatakelakuan Pembekal apabila melaksanakan kerja atau perkhidmatan untuk dan/atau bagi pihak Kumpulan CGC. 

Kumpulan CGC telah menerima pakai "Polisi Tiada Hadiah" yang mana, tertakluk hanya kepada pengecualian tertentu, kakitangan dan pengarah Perbadanan, ahli keluarga atau mana-mana pihak yang bertindak untuk atau bagi pihak Perbadanan dilarang, secara langsung atau tidak langsung, menerima atau memberi hadiah.

Kumpulan CGC komited untuk:

  • Mematuhi peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (“SPRM”) 2009

 

  • Mengekalkan persekitaran kerja yang bebas daripada sogokan dan rasuah untuk semua pihak berkepentingan, termasuk kakitangan, rakan perniagaan, pegawai awam dan pihak yang bertindak bagi pihaknya

 

  • Melaksanakan dan mengekalkan polisi, proses dan rangka kerja yang berkaitan selaras dengan Akta SPRM 2009, dengan semakan berkala untuk penambahbaikan berterusan

 

  • Menggalakkan kelakuan beretika dan ketelusan dengan melaksanakan usaha wajar terhadap kakitangan, dan rakan perniagaan semasa pengambilan kakitangan dan aktiviti perniagaan

 

  • Melarang pemberian dan penerimaan keraian dan hospitaliti yang  bertujuan menyogok, memperoleh kelebihan perniagaan atau untuk keuntungan peribadi

 

  • Melarang sebarang konflik kepentingan atau berpotensi yang boleh membawa kepada sogokan, rasuah, atau menimbulkan risiko rasuah kepada Perbadanan

 

  • Menyediakan saluran yang selamat dan terjamin bagi pihak berkepentingan untuk melaporkan sebarang perbuatan rasuah yang disyaki atau sebenar dan/atau kelakuan tidak wajar, selaras dengan Polisi Pemberian Maklumat Perbadanan dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, tanpa rasa takut akan tindakan yang memudaratkan.