Tentang CGC

Ditubuhkan pada 5 Julai 1972, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) memainkan peranan yang amat penting dalam menghubungkan institusi-institusi kewangan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dengan menawarkan kemudahan-kemudahan pembiayaan kepada usahawan-usahawan yang tidak atau kurang mendapat perkhidmatan.

Sejak lebih 52 tahun yang lalu, CGC telah berkembang daripada penjamin tradisional kepada institusi kewangan yang mampan, dengan 78.6% pemilikan saham oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Pihak berkepentingan utama CGC adalah Institusi Kewangan dan Institusi Kewangan Pembangunan (IKP). Melalui perkongsian strategik dengan pelbagai pemain industri, CGC telah melancarkan inisiatif seperti Skim Jaminan Portfolio (PG) dan Jaminan Borong (WG), serta produk yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan PMKS yang semakin meningkat.

cgc building

CGC telah menerbitkan jaminan bernilai RM96.9 billion dan menyediakan pembiayaan bernilai RM2.7 billion, yang memanfaatkan lebih 539,000 PMKS sehingga Januari 2025. Pada 2018, CGC menerima pakai pendigitalan dengan melancarkan imSME, platform sehenti pembiayaan digital yang menghubungkan PMKS dengan pelbagai pilihan pembiayaan. CGC kekal komited untuk terus memberi bantuan kepada PMKS yang kurang dan tidak mendapat perkhidmatan melalui 16 buah cawangan yang terletak di lokasi-lokasi strategik seluruh Malaysia.

Visi

Untuk menjadi sebuah institusi kewangan yang efektif yang berdedikasi menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana yang berdaya saing dan dinamik. 

Misi

Meningkatkan daya maju perusahaan mikro, kecil dan sederhana dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang kompetitif dengan tahap profesionalisme, kecekapan dan keberkesanan yang tinggi

Aspirasi

Rakan Kongsi Pertumbuhan PMKS di setiap Peringkat Kehidupan

Nilai Teras

T Kerja Berpasukan
H Kegigihan
I Integriti
N Memupuk
K Berpengetahuan