Polisi Pemberian Maklumat

Polisi Pemberian Maklumat 

Perbadanan amat komited untuk menjalankan perniagaan mengikut standard etika, integriti dan akauntabiliti tertinggi. Oleh itu, Perbadanan telah menyediakan saluran untuk semua kakitangan, Lembaga Pengarah, Rakan Perniagaan Bersekutu dan orang awam untuk melaporkan kebimbangan mengenai sebarang perlakuan tidak wajar yang disyaki  atau yang telah berlaku di dalam Perbadanan.

Perlakuan Tidak Wajar

Pendedahan boleh dibuat kepada Perbadanan jika ia berkaitan dengan perlakuan tidak wajar, sama ada yang sudah berlaku atau yang disyaki, yang melibatkan:

  1. Sebarang kesalahan jenayah, termasuk penipuan, kecurian, jenayah pecah amanah, rasuah, sogokan;
  2. Sebarang ketidakpatuhan terhadap kewajipan berkanun atau kawal selia dan garis panduan/polisi dalaman Perbadanan yang berkuatkuasa; 
  3. Penyalahgunaan dana atau aset Perbadanan;
  4. Konflik kepentingan (langsung atau tanggapan);
  5. Penyalahgunaan kuasa atau kedudukan; dan
  6. Sebarang salah urus ketara dalam hal ehwal Perbadanan.

Adalah dinasihatkan kepada Pemberi Maklumat supaya mempertimbangkan sama ada dakwaan perlakuan tidak wajar, yang didedahkan kepada Perbadanan termaktub dalam mana-mana perkara di atas, sebelum membuat pendedahan.


Perlindungan

Perlindungan berikut akan diberikan kepada Pemberi Maklumat yang mendedahkan perlakuan tidak wajar secara jujur:

  • anonimiti;
  • kerahsiaan identiti; dan
  • perlindungan daripada tindakan yang memudaratkan dan kekebalan daripada tindakan tatatertib (untuk pemberi maklumat yang merupakan kakitangan Perbadanan).

Pembatalan Perlindungan

Perbadanan berhak untuk membatalkan perlindungan Pemberi Maklumat yang diberikan di bawah polisi ini jika Pemberi Maklumat telah, atau didapati telah:

  • sengaja membuat pemberian maklumat palsu, tidak jujur, berniat jahat, remeh atau tidak berasas;
  • terlibat dalam perlakuan tidak wajar yang dilaporkan;
  • pemberian maklumat dibuat semata-mata atau sebahagian besarnya untuk mengelak daripada dibuang kerja atau sebarang tindakan tatatertib lain; atau
  • pemberi maklumat, semasa membuat pendedahan atau memberikan maklumat tambahan, telah melanggar peruntukan polisi.

Bagaimanakah cara untuk memberikan maklumat?

Sebarang pendedahan perlakuan tidak wajar yang melibatkan Perbadanan hendaklah dibuat kepada mana-mana pegawai yang ditetapkan melalui saluran komunikasi yang disediakan di bawah.

Pemberi maklumat dinasihatkan untuk memberikan butiran yang mencukupi termasuk maklumat berikut:

  • nama, jawatan dan maklumat perhubungan; dan
  • butiran dan huraian tentang perlakuan tidak wajar itu.

Pemberi maklumat digalakkan untuk memberikan identiti atau maklumat mereka bagi memudahkan Perbadanan mendapatkan penjelasan atau maklumat tambahan bagi tujuan siasatan selanjutnya. Mana-mana individu yang memilih untuk merahsiakan identiti mereka adalah dinasihatkan bahawa tiada perlindungan akan diberikan dan keupayaan Perbadanan untuk menyiasat perlakuan tidak wajar yang didakwa hanya terhad kepada kandungan laporan yang diterima oleh Perbadanan.

Pemberi maklumat akan dimaklumkan oleh Pegawai Yang Ditetapkan mengenai status dan/atau penemuan siasatan, mengikut kesesuaian kes.

Pegawai Yang Ditetapkan 

Berikut ialah saluran komunikasi khusus bagi pegawai yang telah ditetapkan:

 
E-mel kepada mana-mana Pegawai Yang Ditetapkan seperti di bawah:


Orang Yang Dilaporkan

Pegawai Yang Ditetapkan

Individu yang ditujukan laporan 

(yang berkaitan & berkenaan) 

Melalui Portal 

atau

Melalui Surat

Mana-mana ahli Lembaga Pengarah, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif atau Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat

Pengerusi Lembaga Pengarah

Lengkapkan borang di bawah dan serahkan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah

Pendedahan hendaklah disertakan dalam sampul surat yang dimeterai bertanda "Sulit" dan "Untuk Dibuka Oleh” Pegawai yang ditetapkan:

[Nama Pegawai yang ditetapkan]

Aras 8, Bangunan CGC, Kelana Business Centre 97, Jalan SS 7/2, 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan.


Pengerusi Lembaga Pengarah atau Ketua Audit Dalaman

Pengerusi Jawatankuasa Audit Lembaga 

Lengkapkan borang di bawah dan serahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Audit Lembaga

Kakitangan Perbadanan atau Rakan Perniagaan Bersekutu

Ketua Audit Dalaman

Lengkapkan borang di bawah dan serahkan kepada Ketua Audit Dalaman

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif

Lengkapkan borang di bawah dan serahkan kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif

Sila serahkan laporan anda terhadap individu yang didakwa kepada pegawai yang ditetapkan melalui borang atau alamat surat-menyurat yang dinyatakan. Pemberi maklumat dinasihatkan supaya tidak menghantar laporan yang sama kepada beberapa pegawai yang ditetapkan untuk mengelakkan pertindihan tindakan.

Pertanyaan Am atau Aduan

Jika kandungan pendedahan adalah selain daripada ‘perlakuan tidak wajar’, seperti pertanyaan umum atau aduan mengenai produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh Perbadanan, orang ramai boleh menghubungi halaman Perkhidmatan Pelanggan kami.