Pelan Strategik 5 Tahun CGC 2021-2025 (5SP+) telah dibangunkan dengan aspirasi “Untuk menjadi Rakan Kongsi untuk Pertumbuhan PMKS di setiap peringkat”, selaras dengan kenyataan Visi dan Misi kami. Pelan ini didedikasikan untuk menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan PMKS sambil meningkatkan daya maju mereka dengan menawarkan produk dan perkhidmatan yang kompetitif.
Nilai teras kami, yang diringkaskan dalam akronim “T.H.I.N.K” iaitu Kerja Berpasukan, Kegigihan, Integriti, Memupuk dan Berpengetahuan, menjadi asas untuk siapa kami, apa yang kami percaya dan bagaimana kami berinteraksi dengan pihak berkepentingan kami, serta antara satu sama lain.
Bagi merealisasikan aspirasi CGC, kami telah mengenal pasti empat (4) Objektif Strategik (SO);
(i) Membantu PMKS dalam mendapatkan akses kepada pembiayaan melalui rakan kongsi strategik,
(ii) Memacu kecemerlangan PMKS menerusi sokongan pembangunan yang bersasar,
(iii) Menjadi organisasi yang Celik digital untuk meningkatkan dan mempercepatkan impak kepada PMKS.
(iv) Menggalakkan agenda kelestarian yang merangkumi aspek Ekonomi, Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.
*Efektif Januari 2025