Skim Pembiayaan Teknologi Hijau/-i 4.0

Manfaat

  • Tersedia untuk: Syarikat dan usahawan tempatan dalam kategori Pengeluar, Pengguna, Syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCO), Pemaju Perumahan dan Pengendali Infrastruktur Mobiliti Rendah Karbon yang terlibat dalam projek berasaskan teknologi hijau yang menyokong agenda teknologi hijau negara. Ditawarkan oleh semua Institusi Kewangan Peserta (IKP). Syarikat yang mempunyai Sijil Projek Hijau yang sah (diluluskan oleh MGTC) boleh memohon jaminan untuk pembiayaan mereka di IKP.
  • Liputan Komprehensif: Termasuk Pembiayaan Berjangka, Kemudahan Aliran Tunai, Kemudahan Perdagangan dan banyak lagi.
  • Sektor Berkenaan: Sektor Tenaga, Pembuatan, Pengangkutan, Bangunan, Sisa dan Air.
  • Bayaran Balik Keuntungan: Pelanggan layak mendapat bayaran balik keuntungan sebanyak 1.50% setahun untuk lima (5) atau tujuh (7) tahun pertama pembiayaan (bergantung kepada kategori).

 Kelayakan

  • Jenis Perniagaan: Terbuka kepada Perniagaan Tunggal, Perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad, Syarikat Sendirian Terhad, Syarikat Awam dan entiti perniagaan Profesional.
  • Pemerbadanan Tempatan: Perniagaan mesti diperbadankan atau didaftarkan di Malaysia, dengan sekurang-kurangnya 60% pegangan saham oleh warganegara Malaysia
  • Pematuhan Syariah: Untuk skim jaminan Islam, berdasarkan kontrak Kafalah, perniagaan mesti mengekalkan pematuhan Syariah sepanjang tempoh jaminan.

Ciri-Ciri

  • Tujuan Pembiayaan: Modal Kerja dan/atau Perbelanjaan Modal.
  • Jumlah Jaminan: Jumlah pembiayaan maksimum sehingga RM100 juta (bergantung kepada kategori).
  • Tempoh Jaminan: Sehingga 15 tahun (bergantung kepada kategori).
  • Perlindungan Jaminan: 60% atau 80% ke atas jumlah pembiayaan kos teknologi hijau (bergantung kepada sektor).
  • Caj korporat: 0.50% setahun.
  • Kadar Keuntungan Pembiayaan: Ditetapkan oleh IKP.

Hubungi Kami

Sila tinggalkan butiran hubungan anda dan kami akan menghubungi anda kembali.

(Max. 200 characters)

Kami ingin memaklumkan bahawa CGC tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk berurusan bagi pihak dan/atau mewakili CGC berkenaan produk serta perkhidmatannya.

Sekiranya anda dihubungi oleh pihak ketiga yang menyamar sebagai agen CGC atau memperkenalkan dirinya sebagai wakil CGC atau anda mempunyai sebarang maklumat berhubung hal ini, sila hubungi kami di:

Pusat Perkhidmatan Pelanggan - https://www.cgc.com.my/client-service-centre/

Cawangan - https://www.cgc.com.my/cgc-branches/