Skim BizJamin/-i Syarikat Peringkat Pertengahan (MTC)

Manfaat

  • Terbuka kepada semua Syarikat Peringkat Pertengahan: Disediakan oleh Institusi Kewangan Peserta (IKP) utama. Syarikat Peringkat Pertengahan boleh memohon jaminan CGC untuk pembiayaan mereka di IKP.
  • Perlindungan Komprehensif: Termasuk Pembiayaan Berjangka, Kemudahan Aliran Tunai, Kemudahan Perdagangan dan banyak lagi.

 Kelayakan

  • Jenis Perniagaan: Terbuka kepada Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam Berhad. 
  • Pemerbadanan Tempatan: Perniagaan mesti diperbadankan atau didaftarkan di Malaysia, dengan sekurang-kurangnya 51% pegangan saham oleh warganegara Malaysia.
  • Perolehan Jualan Tahunan: Antara RM50 juta hingga RM500 juta (untuk pembuatan) dan antara RM20 juta hingga RM500 juta (untuk perkhidmatan dan sektor-sektor lain)
  • Pematuhan Syariah: Bagi skim jaminan Islam, berdasarkan kontrak Kafalah, perniagaan mesti mengekalkan pematuhan Syariah sepanjang tempoh jaminan.

Ciri-ciri

  • Tujuan Pembiayaan: Modal Kerja dan/atau Pemerolehan Aset dan/atau Pembiayaan Kos Operasi dan/atau Kos Pengubahsuaian (asas pembayaran balik) dan/atau Pembiayaan Semula.
  • Jumlah Jaminan: Sehingga RM20.0 juta setiap pelanggan.
  • Tempoh Jaminan: Sehingga 15 tahun.
  • Perlindungan Jaminan: Antara 30% dan 80%.
  • Yuran Jaminan Asas: Berjulat dari 0.50% hingga 1.50% setahun (tertakluk kepada kelulusan dengan penetapan harga berasaskan risiko, tertakluk kepada profil risiko).

 Nota: Kadar yuran jaminan yang lebih tinggi mungkin dikenakan berdasarkan profil risiko Peminjam.

 Kadar Keuntungan Pembiayaan: Sehingga 2.00% melebihi Kadar Pembiayaan Asas (KPA) IKP.