Skim BizJamin/-i Syarikat Kawalan Bukan Pemastautin (NRCC)

Manfaat

  • Tersedia untuk semua Syarikat Kawalan Bukan Pemastautin (NRCC): Ditawarkan oleh majoriti Institusi Kewangan Peserta (IKP). PMKS boleh memohon jaminan CGC untuk pembiayaan mereka di IKP.
  • Perlindungan Komprehensif: Termasuk Pembiayaan Berjangka, Kemudahan Aliran Tunai, Kemudahan Perdagangan dan banyak lagi.

 Kelayakan

  • Jenis Perniagaan: Terbuka kepada Syarikat Sendirian Terhad dan Syarikat Terhad Tidak tersenarai.
  • Pemerbadanan Tempatan: Perniagaan mesti berdaftar dan beroperasi di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 30% pegangan saham oleh warganegara Malaysia dan adalah penjamin.
  • Pematuhan Syariah: Untuk skim jaminan Islam, berdasarkan kontrak Kafalah, perniagaan mesti mengekalkan pematuhan Syariah sepanjang tempoh jaminan.

Ciri-Ciri

  • Tujuan Pembiayaan: Modal Kerja dan/atau Perbelanjaan Modal dan/atau Pembiayaan Semula.
  • Jumlah Jaminan: Sehingga RM5.0 juta.
  • Tempoh Jaminan: Sehingga tempoh yang diluluskan oleh IKP.
  • Perlindungan Jaminan: Antara 50% hingga 70% daripada jumlah pembiayaan, atau sehingga RM5.0 juta, mana yang lebih rendah
  • Yuran Jaminan: Antara 0.75% hingga 4.00% setahun (tertakluk kepada kelulusan dengan penetapan harga berasaskan risiko, tertakluk kepada profil risiko).
  • Kadar Keuntungan Pembiayaan: Sehingga 2.00% atas Kadar Pembiayaan Asas (KPA) IKP.

Hubungi Kami

Sila tinggalkan butiran hubungan anda dan kami akan menghubungi anda kembali.

(Max. 200 characters)

Kami ingin memaklumkan bahawa CGC tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk berurusan bagi pihak dan/atau mewakili CGC berkenaan produk serta perkhidmatannya.

Sekiranya anda dihubungi oleh pihak ketiga yang menyamar sebagai agen CGC atau memperkenalkan dirinya sebagai wakil CGC atau anda mempunyai sebarang maklumat berhubung hal ini, sila hubungi kami di:

Pusat Khidmat Pelanggan - https://www.cgc.com.my/client-service-centre/

Cawangan - https://www.cgc.com.my/cgc-branches/