[print-me title="Cetak" target="#middle_content"]
|
Definisi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Sektor | Mikro | Kecil | Sederhana |
---|---|---|---|
Pembuatan | Jualan tahunan kurang daripada RM300,000 ATAU bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang. |
Jualan tahunan daripada RM300,000 hingga kurang daripada RM15 juta ATAU daripada 5 hingga kurang daripada 75 pekerja |
Jualan tahunan daripada RM15 juta hingga tidak melebihi RM50 juta ATAU daripada 75 hingga tidak melebihi 200 pekerja |
Perkhidmatan dan Sektor Lain | Jualan tahunan kurang daripada RM300,000 ATAU bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang. |
Jualan tahunan daripada RM300,000 hingga kurang daripada RM3 juta ATAU daripada 5 hingga kurang daripada 30 pekerja |
Jualan tahunan daripada RM3 juta hingga tidak melebihi RM20 juta ATAU daripada 30 hingga tidak melebihi 75 pekerja |
Nota: Jika sesebuah perniagaan memenuhi salah satu kriteria merentasi saiz operasi yang berbeza, maka saiz yang lebih kecil akan diguna pakai. Sebagai contoh, jika jualan tahunan sesebuah firma berada di bawah kategori perusahaan mikro tetapi bilangan pekerja terletak di bawah kategori perusahaan kecil, perniagaan tersebut akan diklasifikasikan sebagai perusahaan mikro. |