RS MILLION STEP LEGACY
(002979484-H)
RS MILLION STEP LEGACY diterajui oleh DR. ROKIAH BINTI HJ. SULONG yang menjalankan kajian bahasa dan pemikiran, merupakan graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Putra Malaysia. Beliau dibantu oleh En. Abdul Hadi Abd. Rashid yang juga merupakan graduan Ijazah Master dari Universiti Putra Malaysia. Mempunyai pengalaman hampir 13 tahun dalam mengendalikan kursus-kursus dan kem-kem kepemimpinan serta kemahiran komunikasi .
RS MILLION STEP LEGACY sebuah syarikat milik penuh bumiputera ditubuhkan pada 10 Jun 2019 di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Bidang utama syarikat ini adalah menyediakan perkhidmatan perundingan dan motivasi serta pusat latihan.