PETALING JAYA, 25 Jun, 2014: Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad hari ini menganugerahkan tiga institusi kewangan terkemuka atas sumbangan dan perhatian yang diberikan untuk pembiayaan dan pembangunan PKS sepanjang tahun 2013.

Pemenang Anugerah Pendokong Utama PKS CGC yang ke 19 adalah Maybank, Standard Chartered Bank dan Public Bank Berhad.

Sekali lagi, Maybank muncul sebagai pemenang bagi Anugerah Rakan Kewangan Terbaik 2013 dan Anugerah Pendokong Utama PKS Bumiputera 2013. Maybank telah memenangi kedua-dua anugerah untuk sumbangannya kepada pembiayaan PKS pada tahun 2012 juga.

Ketiga-tiga penerima anugerah menyumbang sejumlah 1,076 pinjaman, yang mewakili 45% daripada jumlah pinjaman yang diluluskan oleh CGC pada tahun 2013.

Diperkenalkan pada tahun 1996, pengiktirafan anugerah ini merupakan satu langkah proaktif bagi menggalakkan institusi kewangan untuk meningkatkan penyertaan mereka dalam pembangunan sektor PKS dan juga melengkapkan usaha Kerajaan dalam menggalakkan institusi kewangan untuk memberi pembiayaan kepada PKS.

Anugerah telah disampaikan oleh Pengerusi CGC Dato ‘Agil Natt, disaksikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC Datuk Wan Azhar Wan Ahmad di ibu pejabat CGC di Petaling Jaya, sejurus selepas Mesyuarat Agung Tahunan CGC yang ke-41.

Datuk Wan Azhar berkata, bagi 2013, jangkauan PKS CGC bertambah baik sebanyak 45% dengan jumlah 2,368 PKS kebanyakannya dalam perniagaan am, pembuatan dan sektor pertanian mendapat manfaat daripada RM1.5 bilion pinjaman yang diluluskan.

Tambahnya pembiayaan mendatangkan faedah kepada PKS sebahagian besarnya melalui skim utama CGC seperti Enhancer dan, Skim Akses Pembiayaan Langsung (DAGS) dan Tabung Projek Usahawan Bumiputera (TPUB-i).

Datuk Wan Azhar berkata dalam agenda kemampanan kewangan, CGC telah sekali lagi mencatatkan keuntungan sebanyak RM121.0 juta dan perkembangan ini memberi petanda baik kepada agenda jangkauan PKS berterusan CGC khususnya peranannya dalam pembangunan segmen PKS yang kurang mendapat perhatian.

“Kos operasi CGC pada tahun 2013 menurun kepada RM160.7 juta daripada RM228.4 juta pada tahun 2012 disebabkan oleh peruntukan yang lebih rendah bagi tuntutan dan ‘impairment’ disebabkan aktiviti pemantauan kredit yang ketat,” kata Datuk Wan Azhar.

Beliau berkata, peruntukan bagi tuntutan ke atas pinjaman yang dijamin oleh CGC menurun kepada RM61.8 juta berbanding RM81.3 juta pada tahun 2012 disebabkan oleh peningkatan dalam kesedaran mengenai kredit dan risiko yang meletakkan penekanan yang lebih kepada mengekalkan kualiti aset yang baik. Peruntukan bagi tuntutan berkurangan sebanyak 24% dan ‘impairment’ , sebanyak 65%.

“Secara keseluruhan, CGC i mempunyai kedudukan kewangan yang sihat dan mampu untuk membayar balik pinjaman RM700 juta yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan November 2013 seperti yang ditetapkan,” katanya.

Datuk Wan Azhar berkata hala tuju strategik CGC pada tahun 2014 adalah untuk terus memberikan yang terbaik untuk PKS dan institusi kewangan.

“Tahun ini, kami memberi tumpuan kepada tiga aspek yang utama: pertama, untuk menyediakan akses kewangan yang lebih baik kepada segmen yang kurang mendapat perhatian terutamanya PKS yang baru memulakan perniagaan. Ke arah ini, kami telah melancarkan skim pembiayaan langsung yang mematuhi Syariah iaitu BizMula-i pada bulan Mei 2014.

“Selain itu, kami akan meningkatkan usaha kami untuk menyokong agenda pembangunan Bumiputera negara dengan menawarkan perlindungan jaminan yang lebih tinggi dan kos pinjaman yang lebih rendah. Kami telah memperkenalkan skim Jaminan Portfolio Bumiputera dan beberapa buah bank sudah pun mengambil bahagian dalam skim ini. Inisiatif-inisiatif lain akan dilaksanakan tahun ini untuk meluaskan lagi akses kewangan kepada PKS Bumiputera.

“Kami juga akan terus memastikan lebih ramai pelanggan kami mendapat manfaat daripada mekanisme rebat yang telah kami laksanakan awal tahun ini untuk membantu PKS menampung kos menjalankan perniagaan yang semakin meningkat.

“Ini adalah tiga daripada tujuh inisiatif yang akan memberi perhatian pada tahun 2014. Tumpuan lain termasuk melaksanakan peranan pembangunan dengan cara kewangan yang mampan, menguruskan skim yang dibiayai oleh kerajaan, meningkatkan kecekapan operasi dan hubungan dengan rakan kongsi bank kami,” kata Datuk Wan Azhar.

Pada tahun 2014, sasaran CGC menjamin 5,600 pinjaman PKS bernilai RM2.7 bilion. Sejak penubuhannya pada tahun 1972, CGC telah menjamin 422,585 pinjaman PKS bernilai RM52.9 bilion.

MENGENAI CGC

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah ditubuhkan pada 5 Julai 1972. Pemegang saham semasa adalah Bank Negara Malaysia (pemegang saham utama) dan bank-bank komersial. Fokus perniagaan teras CGC adalah untuk membantu PKS, terutamanya mereka yang tanpa atau kekurangaan cagaran dan tidak mempunyai rekod prestasi untuk mendapatkan kemudahan kredit daripada institusi kewangan dengan memberikan perlindungan jaminan ke atas pembiayaan tersebut. Sejak penubuhannya, CGC telah secara kumulatif menjamin lebih daripada 420,000 pinjaman bernilai hampir RM52 bilion.

Kini, rancangan CGC untuk mencapai agenda pengukuhan kewangannya berjalan dengan lancar seperti yang termaktub dalam pelan transformasi bisnesnya. Sejak tiga (3) tahun kebelakangan ini, CGC telah mencatatkan kenaikan dalam keuntungan bersihnya dari RM15.6 juta pada 2010 kepada RM160.8 juta pada tahun 2012.

CGC, atau lebih dikenali sebagai ‘firma kredit bagi usahawan kecil’ pada awal penubuhannya lebih menumpukan usaha dalam membantu usahawan kecil dalam bidang pertanian, komersil dan sektor industri. Seiring dengan perkembangan ekonomi Malaysia, pemintaan bagi servis jaminan CGC juga turut berkembang. Produk dan servisnya juga telah diperluaskan bagi memenuhi keperluan kemudahan kredit yang lebih besar daripada PKS berskala sederhana.

Sokongan CGC kepada PKS tidak hanya bertumpu kepada jaminan pinjaman dan kemudahan pembiayaan, tetapi juga perkhidmatan informasi kredit dan penarafan kredit melalui anak syarikatnya Biro Kredit Malaysia. Melalui Biro, CGC membantu PKS bagi mewujudkan sejarah dan rekod prestasi kredit bagi meningkatkan kredibiliti dan ‘bankabiliti’ mereka untuk mendapatkan pembiayaan secara merit dan pada kos yang berpatutan.

Pembiayaan lain yang diuruskan oleh CGC termasuk Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) dan Tabung Projek Usahawan Bumiputera (TPUB-i) dengan peruntukan masing-masing berjumlah RM3.5 bilion dan RM300 juta. Setakat ini, CGC telah menguruskan sebanyak 42 skim jaminan termasuk 16 skim pembiayaan kerajaan.

Kini, 15 bank Islam, 17 bank komersil dan tujuh (7) institusi pembangunan kewangan telah turut serta dalam skim jaminan kredit CGC yang membolehkan pelanggan mendapat akses kepada pembiayaan melalui lebih daripada 2,000 cawangan mereka diseluruh negara.

PKS yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai CGC boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 03-7880-0088 atau layari laman sesawang di www.cgc.com.my.

Untuk pertanyaan media:

V. Kumaran
Assistant Vice President (AVP), Corporate Communications
Tel: 03-7806 2300 ext 232
HP: 016-638 1747
Email: [email protected]