CGC100 Youth Entrepreneurship Programme (Fast Track)
Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah mengadakan majlis perasmian CGC100 Fast Track, Program Keusahawanan Belia di INCEIF University, Kuala Lumpur pada 4 Oktober 2022. Upacara itu dirasmikan oleh Pengerusi CGC, Dato' Mohammed Hussein dan majlis turut dihadiri oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak, Pengurus Besar Yayasan PINTAR, Norzalina Masom, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan dan Kerjasama Hubungan Industri (SPKHI) Kementerian Pendidikan Malaysia, Tuan Supian Bin Mahmood, serta tetamu-tetamu terhormat. CGC100 Fast Track, kerjasama antara CGC, Yayasan PINTAR dan Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai keusahawanan di kalangan belia, menggalakkan keusahawanan sebagai pilihan kerjaya, mengasah kemahiran keusahawanan dan menyemai nilai teras yang akan membawa kepada daya tahan. Pengerusi CGC, Dato’ Mohammed Hussein dalam ucapan alu-aluannya berkata, “Program Fast Track ini disasarkan untuk melengkapkan para peserta dengan beberapa nilai dan kemahiran asas dalam keusahawanan. Strategi CGC100 dirangka untuk memperkasakan belia dengan kemahiran insani dan latihan keusahawanan yang membolehkan mereka membina produk dan perkhidmatan untuk tujuan perniagaan. Aspirasi CGC ialah apabila mereka tamat menjalani program Fast Track ini, mereka akan mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang cara mengenal pasti dan menilai dengan lebih baik daya maju peluang-peluang perniagaan serta tidak mudah terpengaruh dengan skim cepat kaya dan penipuan dalam talian. Para peserta juga akan diberi peluang untuk membentangkan daya maju idea mereka kepada CGC untuk mendapatkan pembiayaan".