Kuala Lumpur, 10 April 2014 – Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dan OCBC Al-Amin Bank Berhad telah menandatangani perjanjian jaminan pembiayaan borong pertama untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) hari ini, menandakan satu mercu jaya dalam pembangunan pembiayaan perniagaan tidak bercagar Malaysia.
Kemudahan Wholesale Guarantee-i (WG-i), yang membabitkan jumlah awal sebanyak RM250 juta daripada portfolio pembiayaan PKS tidak bercagar sedia ada OCBC Al-Amin Bank, bakal menyaksikan risiko yang wujud dalam pembiayaan perniagaan dikongsi bersama antara CGC dan OCBC Al-Amin untuk tempoh jaminan 5 tahun. Sebelum ini, semua risiko ditanggung olehpihak Bank.
Mengulas mengenai skim tersebut, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Wan Azhar Wan Ahmad berkata CGC yakin bahawa jaminan borong yang pertama sepertinya ini adalah satu perkembangan positif bagi pembangunan perniagaan pembiayaan PKS di Malaysia.
“CGC mengakui keperluan yang wajar diisi untuk memperkenalkan lebih banyak produk inovatif dalam usaha membolehkan pembiayaan perniagaan terus disediakan sejajar dengan mandatnya untuk menyokong pembangunan PKS dan menawarkan kemudahan ini dengan cara yang lebih berdaya maju. Kami yakin bahawa lebih banyak bank akan menerokai pembiayaan tidak bercagar memandangkan ia memberikan kelebihan baru bagi industri perbankandengan mengurangkan risiko yang dihadapi oleh institusi kewangan dan membebaskan modal untuk meningkatkan kapasiti pembiayaan PKS.
“Tidak seperti skim jaminan sedia ada yang ditawarkan CGC di mana institusi kewangan menentukan keperluan untuk jaminan terlebih dahulu, institusi kewangan sudah pun menaja jamin pinjaman berasaskan kriteria dan program mereka sendiri di bawah WG. Yuran yang dikenakan bagi WG adalah rendah berbanding dengan skim lain yang ditawarkan CGC dan boleh diserap dengan mudah oleh institusi kewangan,” kata Datuk Wan Azhar.
Beliau menekankan lagi bahawa dalam usaha meningkatkan kebolehan untuk terus menyediakan kemudahan pembiayaan, institusi kewangan boleh memilih untuk menempatkan pinjaman tersebut ke dalam WG, sekali gus mendapatkan manfaat BASEL yang diberikan kepada sebarang pinjaman yang dijamin oleh CGC di mana wajaran risikonya hanyalah 20%.
“Ini akan membolehkan institusi kewangan ‘membebaskan’ modal dan pada masa yang sama mengurangkan sebarang risiko yang tidak dijangka. Dengan mengimbangi risiko dan potensi ganjaran kepada penyedia perkhidmatan, kami berharap untuk mengembangkan lagi trend positif ini dalam industri.”
Beliau menambah bahawa lebih banyak bank harus mempertimbangkan keperluan menyediakan pilihan pembiayaan inovatif kerana ini membolehkan mereka untuk terus memberikan pembiayaan kepada PKS bersandarkan jaminan CGC.
OCBC Al-Amin menjadi penggerak utama inisiatif untuk menawarkan pembiayaan tidak bercagar dua tahun lepas apabila memperkenalkan OCBC Al-Amin Business Cash-i (BC-i) sebagai tindak balas terhadap hasil tinjau selidik Jabatan Statistik yang membimbangkan, yang menunjukkan bahawa 55% daripada responden PKS menyatakan bahawa ketiadaan cagaran merupakan sekatan utama untuk mendapatkan pembiayaan.
Kemudahan BC-i, yang diperkenalkan pada 2012 dan telah memenuhi keperluan lebih 5,000 pelanggan, adalah sebanding pembiayaan peribadi tidak bercagar tetapi disediakan untuk syarikat perniagaan dan ditujukan kepada pelanggan PKS. Ia membolehkan perniagaan kecil dan sederhana untuk mendapatkan pembiayaan bertempoh tidak bercagar berjumlah serendah RM50,000 hingga maksimum RM400,000 dengan tempoh antara tiga hingga lima tahun pada kadar serendah 5% setahun.
Menurut Pengarah & Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Al-Amin, Syed Abdull Aziz Syed Kechik, BC-i, dan WG-i, telah disusun sejajar dengan kecenderungan PKS yang kian meningkat untuk mendapatkan pembiayaan bertempoh tidak bercagar untuk memenuhi keperluan pembiayaan perniagaan jangka pendek hingga pertengahan. BC-i ialah satu inovasi penting dalam perbankan Islam kerana setakat ini tiada produk sepertinyadalam perbankan konvensional.
“Pembiayaan bertempoh tidak bercagar sukar dilaksanakan pada masa lepas. Pada hari ini, kami mengiktiraf pembiayaan bercagar sebagai satu keperluan dan sukacita untuk menyediakan kemudahan ini kepada perniagaan dengan rekod pencapaian terbukti yang mempunyai penyata kewangan yang kukuh. Kemudahan ini amat sesuai untuk penambahbaikan modal, pelaburan modal seperti mesin dan bahan mentah, dan untuk menyokong pertumbuhan perniagaan di mana modal kerja tambahan diperlukan.
“Secara umumnya, pembiayaan bertempoh memerlukan satu bentuk cagaran dan merupakan proses kelulusan yang agak teliti. BC-i dirangka untuk mengenepikan keperluan ini supaya perniagaan yang layak mempunyai capaian lebih luas kepada pembiayaan jangka pendek dan pertengahan,” katanya.
Mengulas mengenai kelebihan BC-i, Syed Abdull Aziz berkatapemilik PKS khususnya sering mendapati mereka memerlukan sokongan pembiayaan tambahan untuk terus mengembangkan perniagaan.
“Kini mereka dapat memenuhi keperluan ini menerusi kemudahan yang tidak memerlukan cagaran, mudah untuk dimohon, pantas dari segi masa pemprosesan dan menyenangkan,” katanya.
Mereka yang memohon kemudahan BC-i boleh mendapatkan kelulusan dalam masa seminggu. Yuran pemprosesan, jaminan CGC, penyata kewangan, penyata bank atau dokumen berkanun tidak diperlukan apabila memohon. Di samping itu, tiada denda prabayar atau tempoh terkunci.
“Kami ingin memainkan peranan dalam rancangan kerajaanmenjadikan PKS sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. Risiko yang dikongsi dengan CGC ternyata membantu dalam usaha kami untuk menjadi peserta jangka panjang dalam bidang ini,” tambah Syed Abdull Aziz.
Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang BC-i boleh menghubungi talian 1300 88 7000 atau 1300 88 0255.
Untuk pertanyaan media:
Assistant Vice President/Head
Corporate Communications
Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad
Tel: 03-7806-2300 ext 232
HP: 016-638-1747
Email: [email protected]