Kriteria Kelayakan
- Permohonan adalah dari syarikat yang dimiliki sepenuhnya (100%) oleh Bumiputera;
- Pemohon mestilah mempunyai projek/kontrak daripada kerajaan, badan-badan dan agensi kerajaan, badan-badan berkanun, syarikat-syarikat milik kerajaan dan syarikat-syarikat swasta yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dengan Dana Pemegang Saham Bersih sekurang-kurangnya RM20.0 juta, beroperasi selama tidak kurang dari tiga (3) tahun dan tanpa rekod kerugian yang dicatatkan dalam tempoh tiga (3) tahun terakhir;
- Untuk kontraktor, pemohon mestilah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan tidak disenarai hitam oleh CIDB;
- Tiada kemudahan kredit yang diberikan oleh Institusi Kewangan lain untuk membiayai projek/kontrak yang sama.
Jumlah Pembiayaan Maksimum
- Sehingga RM3.0 juta bagi permohonan kali pertama dan sehingga RM5.0 juta bagi permohonan berikutnya.
Jenis Kemudahan
- Pembiayaan Berjangka; and
- Pembiayaan Pusingan.
Kadar Keuntungan
- Pembiayaan kali pertama 5.0% setahun.
- Pembiayaan berikutnya. KPA* Maybank Islamic + 1.0% setahun.
* KPA – Kadar Pembiayaan Asas
Tempoh
- Maksimum lima (5) tahun atau tempoh masa kontrak atau jangkamasa pembiayaan, yang mana lebih awal.
Prosedur Permohonan
- Borang permohonan boleh didapati di cawangan-cawangan CGC atau Klik di sini untuk memuat turun Borang Permohonan.
- Borang permohonan yang lengkap bersama-sama dengan semua dokumen sokongan boleh dikemukakan dimana-mana cawangan CGC.