Piagam Lembaga Pengarah
Lembaga Pengarah bertanggungjawab ke atas prestasi dan hal ehwal Perbadanan. Lembaga Pengarah diharapkan untuk menerajui Perbadanan dengan baik dan bertindak dengan profesional serta mendukung nilai-nilai teras berintegriti dan berusaha dengan mengambil perhatian terhadap tugas dan tanggungjawab fidusiari.
Tujuan Piagam Lembaga Pengarah ini adalah untuk menggalakkan standard tadbir urus korporat tertinggi di dalam Perbadanan dan untuk menetapkan, antara lain, tanggungjawab dan fungsi Lembaga Pengarah bersesuaian dengan prinsip tadbir urus korporat yang baik.
Lembaga Pengarah mendapat kuasa untuk bertindak dari Memorandum & Tataurusan Penubuhan Syarikat (“M&A”) Perbadanan dan undang-undang Malaysia yang mentadbir Perbadanan.
Sila klik di sini untuk melihat Piagam Lembaga Pengarah yang lengkap.