Objektif
BizWanita-i adalah skim pembiayaan terus khusus untuk usahawan wanita yang perniagaannya beroperasi kurang dari 4 tahun dengan menggunakan Dana BNM untuk PKS – Kemudahan Semua Sektor Ekonomi.
Dana ini direka bagi memudahkan akses kepada pembiayaan bagi PKS yang berdaya maju.
Tujuan Pembiayaan
- Modal kerja; dan/atau
- Perolehan aset (iaitu pembelian mesin dan peralatan)
Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk:
- Pembelian saham;
- Pembiayaan semula kemudahan kredit / pembiayaan sedia ada;
- Pembelian tanah/ pelaburan hartanah;
- Pembangunan hartanah;
- Pelaburan oleh syarikat pegangan pelaburan;
- Aktiviti yang melibatkan wang sebagai stok dagangan (termasuk kredit, pajakan, pemfaktoran dan perniagaan insurans);
- Perjudian, alkohol, tembakau atau aktiviti/produk lain yang seumpamanya; dan
- Aktiviti perniagaan yang tidak patuh Shariah.
Syarat-syarat Kelayakan
- Menepati definisi PKS oleh Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corporation Malaysia) (untuk maklumat lanjut, sila klik di sini);
- Perniagaan dikawal dan dimiliki oleh warganegara Malaysia (sekurang-kurangnya 51% pegangan saham) dan hendaklah menetap di Malaysia;
- Syarikat atau perniagaan yang mempunyai sekurang-kurangnya 51% pegangan saham dimiliki oleh wanita dan kakitangan utama adalah wanita ketika permohonan dibuat;
- Perniagaan telah didaftarkan dan/atau beroperasi kurang dari 4 tahun;
- Kakitangan utama/ pengganti hendaklah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun semasa permohonan dan tidak melebihi 65 tahun semasa tarikh penyelesaian pembiayaan;
- Perniagaan adalah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); atau pihak berkuasa/ pejabat daerah di Sabah dan Sarawak; atau badan berkanun untuk penyedia perkhidmatan profesional;
- Pegangan saham oleh Syarikat Awam Tersenarai dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (jika ada) dalam PKS tidak melebihi 20%.
Jumlah Pembiayaan
- Minima : RM30,000
- Maksima : RM300,000
Jenis Kemudahan
- Pembiayaan Berjangka
Kadar Pembiayaan
Kadar keuntungan efektif: 6.80% setahun
Tempoh Pembiayaan
- Sehingga 5 tahun
Prosedur Permohonan
- Borang permohonan boleh didapati di cawangan-cawangan CGC atau Klik di sini untuk memuat turun Borang Permohonan.
- Borang permohonan yang lengkap bersama-sama dengan semua dokumen sokongan boleh dikemukakan dimana-mana cawangan CGC.