Kriteria Kelayakan
- Syarikat yang berdaftar dan beroperasi di Malaysia, pemegang saham warganegara Malaysia mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 30% pegangan saham dalam syarikat dan adalah penjamin.
- Menepati definisi PKS oleh Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corporation Malaysia) (untuk maklumat lanjut, sila klik sini).
Had Pinjaman Maksimum
Pinjaman sehingga RM15.0 juta
Kemudahan Kredit Yang Dilindungi
- Pinjaman Berjangka
- Overdraf
- Surat Kredit
- Resit Amanah
- Bil Pertukaran Belian
- Jaminan Bank
- Pembiayaan Semula Kredit Eksport (ECR)
- Penerimaan Jurubank
- Jaminan Perkapalan
- Sewa Beli
- Pajakan
- Kemudahan kredit lain yang ditentukan oleh CGC dari semasa ke semasa
Kadar Faedah
Kadar faedah tahunan adalah sehingga 2% di atas Kadar Pinjaman Asas (KPA) institusi-institusi kewangan.
Institusi Kewangan Peserta
Institusi-institusi Kewangan Pembangunan (IKP) dan Bank Komersial yang mengambil bahagian
Lindungan Jaminan
Lindungan jaminan CGC adalah antara 50% sehingga 70% tertakluk kepada yang berikut:-
- Bahagian yang tidak bercagar – Sehingga 70% (lindungan maksimum sebanyak RM5.0 juta)
- Bahagian yang bercagar – Sehingga 70% (tiada had yang dikenakan ke atas bahagian yang bercagar)
Yuran Jaminan
- Bahagian yang tidak bercagar – 1.00% sehingga 4.00% setahun
- Bahagian yang bercagar – 0.75% sehingga 3.20% setahun
PKS yang mempunyai profil risiko yang lebih tinggi akan dikenakan yuran jaminan yang lebih tinggi, manakala PKS yang mempunyai profil risiko yang lebih rendah akan dikenakan yuran jaminan yang lebih rendah. Julat adalah untuk memadankan kredibiliti peminjam dari segi penarafan risiko dengan harga jaminan.
i) Bayaran Yuran Jaminan
- Surat Jaminan Baharu (LG) – Dibayar atas permintaan untuk LG oleh Institusi Kewangan tertakluk kepada bayaran penuh yuran jaminan
- Ulang Tahun LG – Dibayar pada atau sebelum tarikh ulang tahun LG bersama-sama dengan yuran tahunan jaminan
ii) Bayaran Balik Yuran Jaminan
- Pembayaran balik yuran jaminan akan dikira secara purata untuk LG yang dibatalkan atau dipinda oleh CGC berdasarkan tempoh yang tidak digunakan dari LG.
- Tempoh yang digunakan akan dikira bermula dari bulan LG/ ulang tahun LG sehingga bulan pembatalan atau pindaan oleh CGC.