Objektif
- BizJamin-i RAKYAT2E adalah inisiatif kerjasama antara CGC dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, bertujuan untuk menyediakan pembiayaan kepada PMKS untuk keperluan perniagaan mereka.
Tujuan Pembiayaan
- Modal kerja; dan/atau
- Perbelanjaan modal
Kriteria Kelayakan
- Perniagaan dikawal dan dimiliki oleh warganegara Malaysia dengan sekurang-kurangnya 51% pegangan saham;
- Mana-mana perniagaan yang berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa/pejabat di Sabah/Sarawak, termasuk:
i) Pemilikan Tunggal;
ii) Perkongsian; atau
iii) Perkongsian Liabiliti Terhad; atau
iv) Syarikat Sendirian Berhad.
- Perniagaan mesti memenuhi definisi kategori Mikro yang dikeluarkan oleh SME Corporation Malaysia (untuk maklumat lanjut, sila klik sini);
- Kakitangan utama/pengurusan hendaklah berumur sekurang-kurangya 21 tahun semasa permohonan dan tidak melebihi 65 tahun semasa tarikh penyelesaian penuh bayaran ansuran;
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan dan menetap di premis perniagaan di bawah kakitangan utama dan jenis perniagaan yang sama;
i) Peserta iTEKAD; atau
ii) Perniagaan mikro tidak formal; atau
iii) Perniagaan dari rumah.
- Kakitangan utama/pengurusan perniagaan telah menjalani program iTEKAD dan/ atau telah menghadiri salah satu dari kursus yang berikut:
i) Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad; atau
ii) INSKEN (Institut Keusahawanan Negara); atau
iii) Kursus-kursus yang diterima dan disahkan oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (syarat mesti dipenuhi sebelum kelulusan permohonan pembiayaan).
Had Pembiayaan Maksimum
- Sehingga RM10,000.00
Tempoh Pembiayaan Maksimum
- Sehingga lima (5) tahun
Jenis Kemudahan Pembiayaan
- Pembiayaan Berjangka
Perlindungan Jaminan
- 80%
*Yuran Jaminan ditanggung oleh Bank
Institusi-institusi Kewangan yang mengambil bahagian
- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
Kadar Keuntungan
- 7.5% setahun (kadar rata)
*tertakluk kepada semakan (jika ada) oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
Prosedur Permohonan
- Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan kepada CGC untuk kelulusan perlindungan jaminan.
- Permohonan yang telah diluluskan akan dikemukakan oleh CGC kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad untuk pemprosesan permohonan pembiayaan.
Tempoh Permohonan
- Skim ini disediakan sehingga kehabisan peruntukan, atau tertakluk kepada notis selanjutnya.