Kriteria Kelayakan
-
- Perniagaan yang berdaftar di Malaysia, dikawal dan dimiliki oleh warganegara Malaysia dengan sekurang-kurangnya 51% pegangan saham.
- Perniagaan mesti memenuhi definisi PMKS yang dikeluarkan oleh Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corporation Malaysia) (sila klik di sini untuk maklumat lanjut).
- Perniagaan hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa / pejabat daerah di Sabah dan Sarawak atau badan berkanun untuk penyedia perkhidmatan professional.
Had Pinjaman Maksimum
- Pinjaman sehingga RM5.0 juta
Tempoh Pinjaman Maksimum
- Tempoh pinjaman sehingga lima belas (15) tahun
Jenis Kemudahan Pinjaman
- Pinjaman Berjangka
- Overdraf
- Surat Kredit atau Resit Amanah
- Bil Pertukaran Belian
- Jaminan Bank
- Pembiayaan Semula Kredit Eksport (ECR)
- Penerimaan Jurubank
- Jaminan Perkapalan
- Sewa Beli
- Pajakan
- Pembiayaan Invois
- Kemudahan kredit lain yang ditentukan oleh CGC dari semasa ke semasa
Tujuan Pinjaman
- Modal kerja; dan/atau
- Pembelian aset; dan/atau
- Kos pembiayaan operasi; dan/atau
- Kos pengubahsuaian (mengikut pembayaran balik); dan/atau
- Pembiayaan semula
Kadar Faedah
- Kadar faedah tahunan adalah sehingga 2% di atas Kadar Pinjaman Asas (KPA) institusi-institusi kewangan.
*Institusi kewangan bebas menentukan kadar faedah sekiranya lindungan jaminan adalah 50% atau kurang daripadanya.
Institusi-institusi Kewangan yang mengambil bahagian
- Institusi-institusi Kewangan Pembangunan (IKP) dan Bank Komersial yang mengambil bahagian
Perlindungan Jaminan
- Perlindungan jaminan CGC adalah antara 30% dan 80%, atau sehingga RM5.0 juta, mana yang lebih rendah.
Yuran Jaminan
- Bahagian yang tidak bercagar – 0.75% sehingga 4.00% setahun
- Bahagian yang bercagar – 0.50% sehingga 3.20% setahun
PMKS yang mempunyai profil risiko yang lebih tinggi akan dikenakan yuran jaminan yang lebih tinggi, manakala PMKS yang mempunyai profil risiko yang lebih rendah akan dikenakan yuran jaminan yang lebih rendah. Julat tersedia adalah untuk memadankan kredibiliti peminjam dari segi penarafan risiko dengan harga jaminan.
i. Bayaran Yuran Jaminan
- Surat Jaminan Baharu (LG) – Dibayar atas permintaan untuk LG oleh Institusi Kewangan tertakluk kepada bayaran penuh Yuran Jaminan.
- Ulang Tahun LG – Dibayar pada atau sebelum tarikh ulang tahun LG berserta dengan Yuran Jaminan tahunan.
ii. Bayaran Balik Yuran Jaminan
- Pembayaran balik Yuran Jaminan akan dikira secara pro-rata setiap bulan untuk LG yang ditamatkan atau dipinda oleh CGC berdasarkan tempoh yang tidak digunakan dari LG.
- Tempoh yang digunakan akan dikira bermula dari bulan LG / ulang tahun LG sehingga bulan penamatan atau pindaan oleh CGC.