Kriteria Kelayakan
- Syarikat yang berdaftar di Malaysia, dikawal dan dimiliki oleh Bumiputera Malaysia dengan sekurang-kurangnya 51% pemegang saham.
- Menepati definisi PKS oleh Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corporation Malaysia) (untuk maklumat lanjut, sila klik sini).
Had Pinjaman Maksimum
Pinjaman sehingga RM15.0 juta
Kemudahan Kredit Yang Dilindungi
- Pinjaman Berjangka
- Overdraf
- Surat Kredit
- Resit Amanah
- Bil-Bil yang Dibeli
- Jaminan Bank
- Pembiayaan Semula Kredit Eksport (ECR)
- Sijil Penerimaan Jurubank
- Jaminan Penghantaran
- Sewa Beli
- Pajakan
- Kemudahan kredit lain yang ditentukan oleh CGC dari semasa ke semasa
Kadar Faedah
Kadar faedah tahunan adalah sehingga 2% di atas Kadar Pinjaman Asas (KPA) institusi-institusi kewangan.
*Institusi kewangan bebas menentukan kadar faedah sekiranya lindungan jaminan adalah 50% atau kurang daripadanya.
Institusi Kewangan Peserta
Institusi-institusi Kewangan Pembangunan (IKP) dan Bank Komersial yang mengambil bahagian
Lindungan Jaminan
Lindungan jaminan CGC adalah antara 30% sehingga 90% dengan gandaan 5% tertakluk kepada yang berikut:-
- Bahagian yang tidak bercagar – Sehingga 90% (lindungan maksimum sebanyak RM5.0 juta)
- Bahagian yang bercagar – Sehingga 90% (tiada had yang dikenakan ke atas bahagian yang bercagar)
Yuran Jaminan
- Bahagian yang tidak bercagar – 0.75% sehingga 4.00% setahun
- Bahagian yang bercagar – 0.50% sehingga 3.20% setahun
PKS yang mempunyai profil risiko yang lebih tinggi akan dikenakan yuran jaminan yang lebih tinggi, manakala PKS yang mempunyai profil risiko yang lebih rendah akan dikenakan yuran jaminan yang lebih rendah. Julat adalah untuk memadankan kredibiliti peminjam dari segi penarafan risiko dengan harga jaminan.
i) Bayaran Yuran Jaminan
- Surat Jaminan Baharu (LG) – Dibayar atas permintaan untuk LG oleh Institusi Kewangan tertakluk kepada bayaran penuh yuran jaminan
- Ulang Tahun LG – Dibayar pada atau sebelum tarikh ulang tahun LG bersama-sama dengan yuran tahunan jaminan
ii) Bayaran Balik Yuran Jaminan
- Pembayaran balik yuran jaminan akan dikira secara purata untuk LG yang dibatalkan atau dipinda oleh CGC berdasarkan tempoh yang tidak digunakan dari LG.
- Tempoh yang digunakan akan dikira bermula dari bulan LG/ ulang tahun LG sehingga bulan pembatalan atau pindaan oleh CGC.