Tabung Projek Usahawan Bumiputera-i (TPUB-i)

Kriteria Kelayakan

  • Permohonan adalah dari syarikat yang dimiliki sepenuhnya (100%) oleh Bumiputera;
  • Pemohon mestilah mempunyai projek/kontrak daripada kerajaan, badan-badan dan agensi kerajaan, badan-badan berkanun, syarikat-syarikat milik kerajaan dan syarikat-syarikat swasta yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dengan Dana Pemegang Saham Bersih sekurang-kurangnya RM20.0 juta, beroperasi selama tidak kurang dari tiga (3) tahun dan tanpa rekod kerugian yang dicatatkan dalam tempoh tiga (3) tahun terakhir;
  • Untuk kontraktor, pemohon mestilah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan tidak disenarai hitam oleh CIDB;
  • Tiada kemudahan kredit yang diberikan oleh Institusi Kewangan lain untuk membiayai projek/kontrak yang sama.

Jumlah Pembiayaan Maksimum

  • Sehingga RM3.0 juta bagi permohonan kali pertama dan sehingga RM5.0 juta bagi permohonan berikutnya.

Jenis Kemudahan

  • Pembiayaan Berjangka; and
  • Pembiayaan Pusingan.

Kadar Keuntungan

  • Pembiayaan kali pertama 5.0% setahun.
  • Pembiayaan berikutnya. KPA* Maybank Islamic + 1.0% setahun.

* KPA – Kadar Pembiayaan Asas

Tempoh

  • Maksimum lima (5) tahun atau tempoh masa kontrak atau jangkamasa pembiayaan, yang mana lebih awal.

Prosedur Permohonan