Objektif
Teknologi Hijau dijangkakan akan menjadi salah satu pemacu pertumbuhan ekonomi bagi Malaysia. GTFS / GTFS-i 4.0 telah ditubuhkan oleh Kerajaan bertujuan untuk menggalakkan syarikat dan usahawan tempatan supaya terlibat dalam projek berasaskan teknologi hijau bagi menyokong agenda teknologi hijau negara.
Tujuan Pembiayaan
- Pengeluar Teknologi Hijau – Pelaburan dalam pengeluaran produk teknologi hijau (tidak termasuk projek solar berskala besar dan sistem solar fotovoltaik bumbung).
- Pengguna Teknologi Hijau – Pelaburan dalam penggunaan produk berasaskan teknologi hijau [tidak termasuk projek di bawah inisiatif Net Energy Metering (NEM) dan Self-Consumption (SELCO)].
- Syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCO) – Pelaburan atau aset berkaitan dengan projek kecekapan tenaga dan/ atau kontrak prestasi tenaga [Energy Performance Contract (EPC)].
- Pemaju Perumahan – Pembinaan bangunan hijau bertumpu kepada pembangunan kediaman dengan kos jualan maksima RM350,000.
- Infrastruktur Mobiliti Rendah Karbon – Operator infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik.
Skim ini boleh digunakan untuk pembiayaan:
- Perbelanjaan Modal
Untuk pembelian peralatan, baharu dan peralatan yang dibaikpulih. - Modal Kerja
Jumlah kemudahan pinjaman / pembiayaan maksimum yang dibenarkan untuk modal kerja adalah sehingga RM5 juta
Pembiayaan untuk tujuan berikut adalah tidak layak di bawah Skim ini iaitu untuk:
- Pembiayaan semula atau penstrukturan semula kemudahan pinjaman / pembiayaan sedia ada
- Pembiayaan kos Penyelidikan dan Pembangunan
- Projek-projek yang telah siap dan dibiayai
Kriteria Kelayakan
- Skim ini terbuka kepada kategori berikut:
i. Pengeluar Teknologi Hijau
ii. Pengguna Teknologi Hijau
iii. Syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCO)(mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga)
iv. Pemaju Perumahan
v. Infrastruktur Mobiliti Rendah Karbon - Syarikat mesti berdaftar secara sah di Malaysia dan dimiliki oleh warganegara Malaysia dengan sekurang-kurangnya 60% pegangan saham
- Sektor yang berkelayakan adalah:
i. Tenaga
ii. Pembuatan
iii. Pengangkutan
iv. Bangunan
v. Pengurusan Sisa
vi. Air - Syarikat dengan Sijil Projek Hijau yang sah dikeluarkan oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC)
Had Pinjaman/ Pembiayaan Maksimum
- Pengeluar Teknologi Hijau: RM100 juta
- Pengguna Teknologi Hijau: RM50 juta
- Syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCO): RM25 juta
- Pemaju Perumahan: RM100 juta
- Infrastruktur Mobiliti Rendah Karbon: RM50 juta
Tempoh Pinjaman/ Pembiayaan Maksimum
- Pengeluar Teknologi Hijau: Sehingga 15 tahun
- Pengguna Teknologi Hijau: Sehingga 10 tahun
- Syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCO): Sehingga 10 tahun
- Pemaju Perumahan: Sehingga 5 tahun
- Infrastruktur Mobiliti Rendah Karbon: Sehingga 5 tahun
Jenis Kemudahan Kredit/ Pembiayaan
- Semua jenis kemudahan untuk pinjaman konvensional dan pembiayaan Islam
Perlindungan Jaminan
- Kerajaan melalui CGC akan menyediakan perlindungan jaminan bagi kemudahan pinjaman/ pembiayaan yang diluluskan di bawah Skim ini, yang hanya terhad kepada nilai yang dinyatakan dalam Sijil Projek Hijau yang dikeluarkan oleh MGTC. Peratusan perlindungan jaminan, bergantung kepada sektor-sektor berikut:
- Tenaga, Pembuatan, Pengangkutan, Bangunan atau Air: perlindungan jaminan 60%.
- Pengurusan sisa: perlindungan jaminan 80%.
Institusi-institusi Kewangan yang mengambil bahagian
- Semua institusi kewangan komersil, Islamik, dan institusi kewangan pembangunan yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia
- Institusi-institusi lain yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan
Kadar Faedah/ Keuntungan
- Akan ditentukan oleh institusi-institusi kewangan yang mengambil bahagian
Insentif Kerajaan
-
- Pembayaran balik 1.5% setahun kadar faedah/ keuntungan untuk *tujuh (7)/ lima (5) tahun pertama pinjaman/ pembiayaan berdasarkan tarikh pengeluaran Surat Pengesahan
*Pengeluar, Pengguna dan ESCO: Tujuh (7) tahun pertama
Pemaju perumahan, Infrastruktur mobiliti rendah karbon: Lima (5) tahun pertama
Prosedur Permohonan
- Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan kepada Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation di laman web www.gtfs.my untuk pensijilan projek hijau
- Pemohon yang telah memperolehi pensijilan projek hijau kemudiannya mengemukakan permohonan untuk pinjaman/ pembiayaan di mana-mana institusi-institusi kewangan yang mengambil bahagian
Tempoh Permohonan
- Skim ini akan dibuka sehingga 31 Disember 2025 atau sehingga kelulusan pinjaman / pembiayaan sebanyak RM1 bilion, bergantung yang mana lebih awal atau sebarang lanjutan seterusnya dari tarikh luput permohonan