KUALA LUMPUR, 29 Mei – Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dan Banco Central de Timor-Leste (BCTL) hari ini menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) untuk bekerjasama dalam membangunkan skim jaminan kredit / pembiayaan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi Timor Leste.
Dengan termeterainya MOU ini, CGC akan menawarkan bantuan kepada BCTL untuk membangunkansertamereka bentuk skim jaminan kredit, tatacara dan hal-hal operasi yang lain. CGC juga akan memberi tunjuk ajar untuk menubuhkan sebuah institusi jaminan kredit atau unit dalam menguruskan skim jaminan untuk BCTL.
Melalui pakatan ini, CGC dan BCTL akan bekerjasama untuk menganjurkan penyelidikan, seminar, latihan dan lawatan sambil belajar untuk menggalakkan peningkatan pengetahuan dan kemahiran yang dianggap penting bagi pengurusan skim jaminan kredit di Timor Leste.
Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Dato’ Muhammad bin Ibrahim yang merasmikan upacara menandatangani MOU ini berkata “CGC sememangnya telah membuktikan kemampuannya dalam menyokong PKS sejak beberapa dekad yang lalu dan mempunyai pengalaman dan kepakaran untuk membantu BCTL, serta membantu membangunkan skim pembiayaan bagi PKS dalam sektor pertanian.”
“Dari segi strategi, pembangunan sektor PKS adalah penting dalam memastikan pertumbuhan yang seimbang dan kemakmuran yang dikongsi bersama semasa tempoh peralihan ekonomi negara kepada nilai tambah dan berpendapatan tinggi,” katanya sambil menambah bahawa CGC adalah pemangkinbagi pembangunan PKS Malaysia sejak beberapa dekad yang lalu. CGC juga telah melakukan yang terbaik dalam memberi sokongan yang amat diperlukan sejajar dengan arus peningkatan ekonomi Malaysia yang giat berkembang.
“Bank Negara Malaysia (BNM) telah mewujudkan satu ekosistem yang holistik untuk menyokong akses pembiayaan kepada PKS dan CGC merupakan komponen utama dalam ekosistem ini disebabkan peranan pentingnyadalam menangani kebimbangan PKS terutamanya yang baru memulakan perniagaan yang lazimnya dianggap berisiko tinggi untuk dibiayai,” katanya.
“MOU yang ditandatangani pada hari ini adalah satu langkah yang penting dalam usaha pembangunan kami. Ia merupakan dokumen perjanjian rasmi antara CGC dan BCTL dimana kedua-dua pihak akan bekerjasama bagi menentukan bakal struktur pembiayaan PKS di Timor-Leste,”kata Gabenor BCTL, Abraao de Vasconcelos.
“BNM telah menyokong BCTL sejak penubuhannya melalui pelbagai aktiviti. Secara khususnya, BNM menyediakan sokongan berharga dalam pembangunanPelan Induk Sektor Kewangan melalui kajian dan khidmat nasihat,”katanya.
“Melalui beberapa lawatan kami ke Malaysia, ia jelas menunjukkan bahawa CGC telah memperkenalkan beberapa skim yang inovatif dan berkesan dalam menyokong pembangunan ekonomi di Malaysia. Kami di Timor-Leste mengalu-alukan peluang untuk mengkaji skim-skim ini dengan lebih terperinci dan menimba pengalaman berharga inidari Malaysia,” tambah Abraao.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Mohd Zamree Mohd Ishak berkata persefahaman bersama yang dicapai oleh CGC dan BCTL akan memberi dorongan yang baru bagi CGC untuk berkongsipengalaman dan kepakaran selama 43 tahun dalam meningkatkan akses pembiayaan kepada PKS.
Zamree berkata, “Hubungan kerjasama dengan BCTL ini merupakan asas untuk pembangunan berterusan perkhidmatan jaminan kredit, dan CGC sangat komited untuk membantu dan berkongsi pengalaman kukuh kami untuk membantu dalam mencapai wawasan mereka, iaitu untuk berkhidmat dan memberi akses kepada pembiayaan untuk pertumbuhan dan pembangunan PKS yang kukuh di Timor Leste “.
CGC telah menerajui pembangunan PKS bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa dengan membantu negara-negara seperti Papua New Guinea dan Mongolia.
Pada tahun 2013, CGC telah memeteraiMOU dengan Papua New Guinea dan Mongolia dalam penubuhan institusi jaminan kredit untuk meningkatkan pembiayaan PKS di negara masing-masing.
CGC juga merupakan ahli Persidangan Asian Credit Supplementation Institution Confederation (ACSIC) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan di Asia dan Pasifik (ADFIAP), memainkan peranan yang aktif dalam berkongsi pengetahuan dan kepakaran dengan negara-negara anggota. Pada tahun 2014, CGC telah menjadi tuan rumah bagi Persidangan ACSICke-27 yang dihadiri oleh 141 perwakilan dari 19 institusi jaminan kreditdaripada 12 buah negara di serata Asia.
MOU telah ditandatangani oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC Mohd Zamree Mohd Ishak dan Gabenor BCTL Abraao de Vasconcelos, disaksikan oleh Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Dato’ Muhammad bin Ibrahim dan Pengerusi CGC, Dato’ Agil Natt. Majlis menandatangani perjanjian telah diadakan di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia.
CGC telah menjamin 430,000 pinjaman pinjaman PKS bernilai RM56.1 bilion sejak penubuhannya pada tahun 1972. Bagi tahun 2015, CGC menyasarkan untuk menyediakan RM3 bilion pembiayaan yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 7,850 PKS.