Kriteria Kelayakan

    • Perniagaan yang berdaftar di Malaysia, dikawal dan dimiliki oleh warganegara Malaysia dengan sekurang-kurangnya 51% pegangan saham.
    • Perniagaan mesti memenuhi definisi PMKS yang dikeluarkan oleh Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corporation Malaysia) (sila klik di sini untuk maklumat lanjut).
  • Perniagaan hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa / pejabat daerah di Sabah dan Sarawak atau badan berkanun untuk penyedia perkhidmatan professional.
  • Aktiviti perniagaan mesti patuh Shariah sepanjang tempoh jaminan.

Had Pembiayaan Maksimum

  • Pembiayaan sehingga RM5.0 juta

Tempoh Pembiayaan Maksimum

  • Tempoh pembiayaan sehingga lima belas (15) tahun

Jenis Kemudahan Pembiayaan

  • Pembiayaan Berjangka-i
  • Kemudahan Aliran Tunai-i
  • Surat Kredit-i atau Resit Amanah-i
  • Bil Pertukaran Belian-i
  • Jaminan Bank-i
  • Pembiayaan Semula Kredit Eksport-i (ECR-i)
  • Bil Penerimaan-i
  • Jaminan Perkapalan-i
  • Sewa Beli-i
  • Pajakan-i
  • Pembiayaan Invois-i
  • Kemudahan pembiayaan lain yang ditentukan oleh CGC dari semasa ke semasa

Tujuan Pembiayaan

  • Modal kerja; dan/atau
  • Pembelian aset; dan/atau
  • Kos pembiayaan operasi; dan/atau
  • Kos pengubahsuaian (mengikut pembayaran balik); dan/atau
  • Pembiayaan semula

Kadar Keuntungan

  • Kadar keuntungan tahunan adalah sehingga 2% di atas Kadar Pembiayaan Asas (KPA) institusi-institusi kewangan.

*Institusi kewangan bebas menentukan kadar keuntungan sekiranya lindungan jaminan adalah 50% atau kurang daripadanya.

Institusi-institusi Kewangan yang mengambil bahagian

  • Institusi-institusi Kewangan Pembangunan (IKP) dan Bank Islam yang mengambil bahagian

Perlindungan Jaminan

  • Perlindungan jaminan CGC adalah antara 30% dan 80%, atau sehingga RM5.0 juta, mana yang lebih rendah.

Yuran Jaminan

  • Bahagian yang tidak bercagar – 0.75% sehingga 4.00% setahun
  • Bahagian yang bercagar – 0.50% sehingga 3.20% setahun

PMKS yang mempunyai profil risiko yang lebih tinggi akan dikenakan yuran jaminan yang lebih tinggi, manakala PMKS yang mempunyai profil risiko yang lebih rendah akan dikenakan yuran jaminan yang lebih rendah. Julat tersedia adalah untuk memadankan kredibiliti pelanggan dari segi penarafan risiko dengan harga jaminan.

i.  Bayaran Yuran Jaminan

  • Surat Jaminan Baharu (LG) – Dibayar atas permintaan untuk LG oleh Institusi Kewangan tertakluk kepada bayaran penuh Yuran Jaminan.
  • Ulang Tahun LG – Dibayar pada atau sebelum tarikh ulang tahun LG berserta dengan Yuran Jaminan tahunan.

ii.  Bayaran Balik Yuran Jaminan

  • Pembayaran balik Yuran Jaminan akan dikira secara pro-rata setiap bulan untuk LG yang ditamatkan atau dipinda oleh CGC berdasarkan tempoh yang tidak digunakan dari LG.
  • Tempoh yang digunakan akan dikira bermula dari bulan LG / ulang tahun LG sehingga bulan penamatan atau pindaan oleh CGC.