BizJamin-i Micro TemanMesra

Objektif

  • BizJamin-i Micro TemanMesra adalah inisiatif kerjasama antara CGC dan Bank Simpanan Nasional, bertujuan untuk menyediakan pembiayaan kepada PMKS untuk keperluan perniagaan mereka.

Tujuan Pembiayaan

  • Modal kerja; dan/atau
  • Pembelian aset; dan/atau
  • Pengubahsuaian premis perniagaan

Kriteria Kelayakan

  • Perniagaan dikawal dan dimiliki oleh warganegara Malaysia dengan sekurang-kurangnya 51% pegangan saham;
  • Mana-mana perniagaan yang berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa/pejabat di Sabah/Sarawak atau badan berkanun untuk perkhidmatan profesional termasuk:

i)   Pemilikan Tunggal;

ii)  Perkongsian; atau

iii)  Perkongsian Liabiliti Terhad; atau

iv)  Syarikat Sendirian Berhad; atau

v)  Firma Profesional

  • Perniagaan mesti memenuhi definisi kategori Mikro yang dikeluarkan oleh SME Corporation Malaysia (untuk maklumat lanjut, sila klik sini);
  • Kakitangan utama/pengurusan hendaklah berumur sekurang-kurangya 18 tahun semasa permohonan dan tidak melebihi 60 tahun semasa tarikh penyelesaian penuh bayaran ansuran;
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun dan jenis perniagaan yang sama;
  • Semua segmen perniagaan iaitu runcit dan borong, pembuatan, perkhidmatan dan sektor dan subsektor lain yang akan dipertimbangkan oleh Pengurusan BSN berdasarkan kes demi kes.

Had Pembiayaan Maksimum

  • Sehingga RM50,000.00

Tempoh Pembiayaan Maksimum

  • Sehingga lima (5) tahun

Jenis Kemudahan Pembiayaan

  • Pembiayaan Berjangka

Perlindungan Jaminan

  • 70%

*Yuran Jaminan ditanggung oleh Bank

Institusi-institusi Kewangan yang mengambil bahagian

  • Bank Simpanan Nasional

Kadar Keuntungan

  • 5.99% sehingga 7.49% setahun (kadar rata)

*Tertakluk kepada semakan (jika ada) oleh Bank Simpanan Nasional

Prosedur Permohonan

  • Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan kepada CGC untuk kelulusan perlindungan jaminan.
  • Permohonan yang telah diluluskan akan dikemukakan oleh CGC kepada Bank Simpanan Nasional untuk pemprosesan permohonan pembiayaan.

Tempoh Permohonan

  • Skim ini disediakan sehingga kehabisan peruntukan, atau tertakluk kepada notis selanjutnya.